Berhubung dengan persoalan kahwin atau nikah ini, kita perlu
mengetahui apakah tujuan kita kahwin. Bagi orang Islam yang sebenar, tujuan
perkahwinannya atas mencari keredhaan Allah, bukan sekadar ikut-ikut atau
bertujuan untuk berseronok-seronok.
Oleh itu niat kita hendak mendirikan rumahtangga kita itu mestilah betul
seperti yang dikehendaki oleh Allah swt. Kalau niat mendirikan rumahtangga
tidak betul mengikut kehendak Allah dan Rasul, maka keluarga yang didirikan
tidak akan mendapat pimpinan dari Allah swt.Sekiranya kita sudahpun mendirikan
rumahtangga, tidak salah kalau niat ini kita perbetulkan semula.
Niat yang pertama yang mesti kita pasang dalam mendirikan rumahtangga kita
ialah untuk mendapat sebanyak-banyak anak yang soleh.
Allah dan Rasul memang menghendaki niat seperti ini kerana muka bumi ini adalah
diserahkan oleh Allah swt kepada manusia-manusia untuk ditadbirkan dengan baik
mengikut peraturan-peraturan yang telah Allah berikan.
Manusialah yang telah dijadikan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini.
Firman Allah swt yang bermaksud:
“Aku hendak jadikan khalifah-khalifah di muka bumi ini.”
Rasulullah saw juga penah bersabda:
‘………..kerana aku berbangga di hari kiamat nanti dengan ramainya umat-umatku
dibandingkan dengan umat Rasul-Rasul sebelumku.”
Yang dimaksudkan dengan umat di sini ialah hamba-hamba Allah yang patuh dan
tunduk kepada perintah-perintah Allah serta yang beriman kepada Allah dan
Rasul.
Adalah hikmah dan rahsia pada ramainya bilangan isteri Rasulullah saw itu ialah
supaya menggemarkan umat Islam pada membanyakkan bilangan umat Islam.
Jelas pada kita betapa Allah dan Rasul memang mengkehendaki umat yang ramai dan
kerana itu Allah sediakan nikmat-nikmat yang banyak untuk manusia. Dan dengan
sebab itulah, apa saja yang ada di muka bumi ini, samada kita sedar atau tidak,
semuanya adalah untuk kita. Ini dijelaskan sendiri oleh Allah swt di dalam
firmannya yang bermaksud:
“Dialah Tuhan, yang menjadikan apa saja di atas muka bumi ini untuk kamu
(manusia).”
Perlu kita ingat bahawa Allah amat mengetahui rancangan kita dalam merancang
keluarga. Contohnya,kita tidak mahu anak yang banyak., kita makan pil-pil atau
sebagainya.
Hakikatnya perbuatan kita itu adalah menipu Allah swt.Muslihat itu Allah amat
mengetahui dan akibatnya,Allah akan lebih menipu daya kita. Buktinya, ada
setengah-setengah wanita itu, kerana terlalu hendak merancang keluarga,
langsung Allah tidak kurniakan anak kepadanya.
Ada sesetengah wanita itu, kerana terlalu hendak merancang anak supaya dapat
anak yang sedikit, apabila dia melahirkan anak, lahir anak-anak kembar yang
banyak. Jadi haruslah kita sedar siapakah Allah yang hendak kita tentang
kehendak dan kekuasaannya.
Bukan sedikit anak itu yang menjamin kebahagiaan hidup kita. Malah, anak yang
banyak yang kemudiannya soleh-soleh pula, dia akan mendatangkan kebajikan dan
memberi kebahagiaan hidup kita, bukan saja di dunia,bahkan di akhirat juga.
Jika anak itu mati semasa kecil, dia akan mendatangkan syafaat kepada
ibubapanya.
Jadi, niat yang pertama dalam kita hendak mendirikan rumahtangga ialah niat
untuk mendapat anak sebanyak yang boleh. Pasanglah niat ini baik-baik kerana,
kalau pun pada pelaksanaannya, ia tidak boleh dilakukan,namun pahalanya telah
Allah catatkan.
Niat yang kedua dalam kita mendirikan rumahtangga ialah bahawa kahwin itu dapat
menghilangkan nafsu yang jahat dan yang rakus, khususnya nafsu syahwat terhadap
wanita-wanita yang tidak halal bagi kita.
Melalui perkahwinan akan dapat mengelakkan diri kita daripada tindakan nafsu
syahwat yang jahat. Melakukan perkara yang halal dengan niat untuk mengelakkan
diri daripada perkara yang haram merupakan satu kebajikan yang akan membawa
pahala dari Allah. Rasulullah sawbersabda yang maksudnya:
“Pada kemaluan seseorang kamu itu pun adalah sedekah.”
Apabila seseorang itu berkahwin dengan niat ini,ia memilih jalan yang
dihalalkan oleh Allah dan telah dicontoh oleh Rasulullah saw untuk memenuhi
keinginan semulajadi.Ia mengatur dan menyusun perhubungan tadi mengikut
lunas-lunas Islam.Dengan sebab itulah, Allah telah menghalalkan pernikahan dan
mengharamkan perzinahan.
Niat yang ketiga dalam kita hendak mendirikan rumahtangga ialah bahawa kahwin
itu akan menyelesaikan masalah hati daripada mentadbir rumahtangga.
Dengan berkahwin, seseorang itu tidak akan menumpukan perhatiannya dalam
menghadapi rumahtangga, terhadap ibadah kepada Allah terutamanya di dalam
sembahyang.Kerana segala perurusan rumahtangganya sudah diselesaikan oleh
isteri daripada memasak makanan,mambasuh pakaian, mengemas dan sebagainya, sekiranya
seorang isteri itu tidak bekerja makan gaji. Isteri yang solehah dan yang
beragama itu, dia akanmenyelesaikan semua urusan rumahtangga.
Dalam hal ini Rasulullah saw pernah mengingatkan kita dalam sabdanya yang
bermaksud:
“Perempuan itu dinikahi dengan empat sebab: kerana hartanya, kerana
keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Tetapi hendaklah kamu
pilih yang kuat beragama, nescaya dia menguntungkan kamu.”
Rasulullah menyuruh kita memilih yang beragama kerana perempuan yang beragama
itu sempurna Islamnya dan sempurna ihsannya. Ini adalah syarat agama atau rukun
beragama iaitu iman, Islam dan Ihsan.
Apabila kita hendak berkahwin, terpaksalah kita mencari perempuan yang sempurna
agamanya kerana beragama itu adalah salah satu sifat wanita-wanita solehah.
Niat yang keempat dalam kita hendak mendirikan rumahtangga ialah bahawa kahwin
itu boleh menghiburkan hati kita.
Dengan kita kahwin, pada isterilah tempat kita berhibur-hibur dan
berseronok-seronok serta bergurau senda dan bermanis muka. Dengan demikian akan
menenangkan hati kita serta memberi kegembiraan kepadakita lantaran kita dapat
menumpukan sepenuh kusyuk kepada ibadah kita dengan Allah swt terutamanya di
dalam sembahyang yang mana merupakan ibadah yang terpokok.
Sedangkan untuk mendapat kekusyukkan di dalam sembahyang itu adalah yang paling
susah sekali selagi kita tidak dapat hadir hati di dalam sembahyang. Kalau hati
sentiasa resah dan gelisah, maka akan bertambahberserabut lah sembahyang kita.
Sebab itulah, hati kita ini perlu diberi hiburan dengan senda gurau kita
terhadap isteri. Malah bukan dalam sembahyang saja, kita dapat mengusahakan
kekusyukkan beribadah bahkan puasa juga tidak akansempurna kalau hati kita
tidak tenang.
Puasa yang sempurna itu ialah apabila hati kita tidak teringat kepada
perkara-perkara yang boleh melalaikan kita kepada Allah swt seperti kita
teringat kepada dunia, kepada wanita-wanita dan sebagainya.
Dan akhirnya, niat yang kelima yang hendak kita pasang apabila kita hendak
mendirikan rumahtangga ialah dengan niat untuk melawan hawa nafsu. Ia bererti
yang apabila kita telah mempunyai isteri, kita terpaksa berlawan dengan
kewajipan-kewajipan menjaga dan mendidik anak isteri.
Dalam hal ini Rasulullah saw pernah mengingatkan kita tentang sifat-sifat seorang
perempuan itu bahawa kata baginda, perempuan-perempuan itu adalah dijadikan
daripada tulang rusuk yang bengkok yang kalau kamuluruskan ia dengan cara paksa
dan mendadak, ia akan patah. Sebab itu, hendaklah di jaga isteri itu dengan
bijaksana.
Satu daripada tugas kita dalam melawan nafsu ini ialah dalam menghadapi
kelakuan-kelakuan isteri yang tidak selaras dengan syariat. Memang sudah
demikian Allah jadikan kamu perempaun mempunyai nafsu lebih daripada lelaki.
Nisbah kalau nafsu itu ada sebanyak 10, 9 daripadanya adalah pada kaum
perempuan dan satu pada kaum lelaki.Sedangkan nafsu itu sentiasa mengajak
manusia berbuat jahat. Ertinya, kejahatan sajalah yang mempengaruhi kaum-kaum
perempuan. Oleh itu, tugas kita bila berhadapan dengan isteri adalah berat dan
itulah mujahadah kita dengan nafsu.
Sejauh mana kita berjaya memimpin anak isteri kita ke jalan yang diredhai Allah
hingga mereka dapat melaksanakan syariat Allah, maka di situlah nilai pahala
yang tinggi bagi kita di sisi Allah swt.
Di sinilah akan lahirnya sifat sabar pada suami iaitu kenalah banyak bersabar
dalam menghadapi ujian yang didatangi oleh isteri, selain daripada terpaksa
berhadapan dengan berbagai-bagai ujian yang lain.Firman Allah swt yang
maksudnya:
“Sesungguhnya orang yang sabar itu diberi ganjaran tanpa hisab.”
Demikian lima niat yang hendak kita pasang di dalam diri kita semasa kita
hendak mendirikan rumahtangga. Lima niat ini adalah yang paling kurang selain
dari niat-niat baik yang lain seperti niat untuk mencari rezeki yang halal
untuk anak isteri dan lain-lain.
Kalau sekiranya kita ada mempunyai 5 niat yang betul dan baik ini, maka di
situlah Allah akan bantu kita dan akan memberi taufik dan hidayahnya kepada
kita untuk kita dapat melahirkan satu rumahtangga yang aman dan bahagia yang
selaras dengan kehendak syariat Allah swt.