CARA MEMILIH SAHABAT MENGIKUT IMAM GHAZALI
Kata Imam Ghazali:
Di
dalam memilih sahabat hendaklah engkau perhatikan syarat-syarat
bersahabat. Maka jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang
layak untuk dijadikan sahabat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya,oleh kerana itu
hendaklah seseorang itu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut
dijadikan sahabat. Maka apabila engkau mahu mencari sahabat yang engkau
jadikan dia sebagai sahabat di dalam menuntut ilmu dan di dalam urusan
agamamu dan duniamu,maka hendaklah engkau engkau pastikan ada 5 sifat
ada pada orang tersebut:
1. Orang yang berakal
Tidak
ada kebaikan bersahabat dengan orang yang bodoh,kerana akibatnya akan
membawa kepada permusuhan dan menyakitkan hati dan paling baik yang
engkau dapatkan daripadanya ialah engkau terselamat dari mudaratnya
ketika dia berusaha untuk memberi manfaat kepadamu. Kerana musuh yang
berakal itu lebih baik daripada sahabat yang bodoh. Bersahabat dengan
orang yang kurang berakal juga tidak dapat membina atau menambah baik
kepada kita tetapi kita tetap wajib berbaik-baik dengan mereka.
2. Orang yang baik akhlaknya.
Maka
janganlah engkau bersahabat dengan orang yang jahat perangainya iaitu
orang yang tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika dia
dirangsang oleh nafsu syahwatnya.
Begitulah
juga dengan orang yang suka mengumpat potpet-potpet sana sini seperti
mami jarum, orang yang percakapannya tidak baik dan orang yang selalu
mengajak kepada keburukan dan perkara yang melalaikan.
3. Orang yang soleh
Jangan
engkau bersahabat dengan orang yang fasik yang selalu mengerjakan dosa
yang besar, kerana orang yang tidak takut akan Allah itu tidak mengesali
dalam membuat dosa yang besar dan orang yang tidak takut kepada Allah
tidak dapat dipercayai sepenuhnya. Bahkan pendiriannya tidak tetap
selalu berubah-ubah mengikut keadaan dan tekanan. Maka jauhi dari
bersahabat dengan orang yang fasik kerana berterusan melihat
perkara-perkara yang fasik dan maksiat itu akan menghilangkan
kebencianmu terhadap maksiat tersebut lalu akhirnya engkau merasa ringan
hal maksiat dan akhirnya terturut melakukan maksiat.
4. Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia.
Jangan
engkau bersahabat dengan orang yang tamak dunia,kerana bersahabat
dengannya adalah racun yang dapat membunuh. Tabiat itu cepat sekali
mempengaruhi tabiat yang lain dan perangai yang baik cepat sekali
berubah menjadi jahat,sekiranya kita tidak menyedarinya. Maka suka
bersahabat dengan orang yang tamak pada dunia akan menambahkan tamakmu
terhadap dunia. Bersederhanalah. Kesenangan dunia hendaklah dicari tanpa
meninggalkan amalan untuk bekalan akhirat.
5. Orang yang benar
Jangan
engkau bersahabat dengan orang yang pendusta,barangkali dia akan menipu
engkau. Berbohong adalah tabiat buruk yang dicela agama dan tidak
disukai oleh siapa juga.
Dengan
memilih sahabat yang baik diharapkan kita akan juga menjadi baik.Jika
sahabat orang yang sering melakukan dosa, dikhuatiri kita akan turut
berdosa kerana membiarkan mereka membuat dosa atau meredai perbuatan
mereka atau membiarkan kemungkaran tanpa menegahnya. Jika kita mendengar
orang mengumpat, kita tidak menegahnya, apalagi kalau kita tumpang
tokok, bermakna kita memperolehi dosa percuma!
SUMBER:-
No comments:
Post a Comment