Tuesday, December 13, 2011

Kenali 25 Nabi Kita..

Nabi Pertama yang diciptakan oleh Allah 
Nabi Adam a.s
(Surah Al Baqarah: Ayat 34)

Nabi yang sangat penyabar 
Nabi Idris a.s
(Surah Al Anbiyaa': Ayat 85)

Nabi yang berdakwah selama 950 tahun kepada kaumnya
Nabi Nuh a.s
(Surah Al Ankabuut: Ayat 14)

Nabi yang diutuskan kepada Kaum Ad 
Nabi Hud a.s
(Surah Al A'raaf: Ayat 65)

Nabi yang diutuskan kepada Kaum Thamud 
Nabi Salleh a.s
(Surah Al A'raaf: Ayat 73)

Nabi yang merasa kesejukan di dalam api yang menjulang 
Nabi Ibrahim a.s
(Surah Al Anbiyaa': Ayat 69)

Nabi yang mempunyai kaum yang suka terhadap perhubungan yang songsang
Nabi Luth a.s
(Surah Hud: Ayat 78)

Nabi yang merelakan dirinya disembelih oleh ayahnya sendiri, Nabi Ibrahim di atas perintah Allah = 
Nabi Ismail a.s 
(Surah As Saaffaat: Ayat 107)

Nabi yang mempunyai anak yang juga seorang Nabi iaitu Nabi Yaakub 
Nabi Ishak a.s
(Surah Maryam: Ayat 49)

Terlalu sedih sehingga menjadi buta akibat kehilangan anaknya, Nabi Yusuf  
Nabi Yaakub a.s
(Surah Yusuf: Ayat 84)

Nabi yang bermimpi sebelas bintang, matahari dan bulan sujud kepadanya
Nabi Yusuf a.s
(Surah Yusuf: Ayat 4)

Nabi yang diuji dengan penyakit yang dahsyat dalam masa yang lama 
Nabi Ayub a.s
(Surah Al Anbiyaa': Ayat 83)

Nabi yang mempunyai kaum yang tidak jujur dalam sukatan dan timbangan barang
Nabi Shuib a.s
(Surah Al A'raaf: Ayat 85)
Nabi yang dapat membelah laut menjadi dua mengunakan tongkat untuk menyelamatkan diri berserta kaum Yahudi dari Firaun 
Nabi Musa a.s 
(Surah Asy Syu'araa': Ayat 63)

Saudara kandung Nabi Musa yang fasih dan petah dalam berbicara untuk membantu dakwah Nabi Musa
Nabi Harun a.s 
(Surah Al Qasas: Ayat 34)

Seorang Nabi dan raja yang terkenal dengan sifat sabar dan soleh
Nabi Zulkifli a.s
(Surah Saad: Ayat 48)

Nabi yang mampu melembutkan besi dan membuat baju-baju dari besi 
Nabi Daud a.s
(Surah Saba': Ayat 10)

Nabi yang telah wafat yang tidak diketahui oleh sesiapa dan disedari wafat setelah anai-anai memakan tongkatnya 
Nabi Sulaiman a.s
(Surah Saba': Ayat 14)

Seorang Nabi yang sangat soleh di sisi Allah
Nabi Ilyas a.s
(Surah Al An'aam: Ayat 85)

nabi yang mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah
Nabi Ilyasa' a.s
 (Surah Al An'aam: Ayat 86)

Nabi yang kecewa terhadap kaumnya sendiri dan meninggalkan mereka. Lalu, di telan oleh ikan dan terkurung di dalamnya. Atas izin Allah, terkeluar dengan selamat. 
Nabi Yunus a.s
(Surah Al Qalam: Ayat 48)

Nabi yang memperoleh zuriat ketika usia lanjut dan anak yang diperolehi adalah seorang Nabi juga iaitu Nabi Yahya
Nabi Zakaria a.s
(Surah Al Imran: Ayat 40)

Dilahirkan di atas izin Allah walaupun pada ketika itu bapanya telah lanjut usia dan ibunya mandul = 
Nabi Yahya a.s
(Surah Maryam: Ayat 7)

Nabi yang cuba disalibkan oleh kaumnya namun tidak berjaya dilaksanakan kerana Allah telah menggantikan dengan seseorang yang menyerupainya 
Nabi Isa a.s
(Surah An Nisaa': Ayat 157)

Nabi yang ditegur oleh Allah kerana meninggalkan dan berpaling kepada orang buta yang ingin mengenal Islam. 
Nabi Muhammad S.A.W
(Surah 'Abasa: Ayat 1)


Sumber : Tafsir Al-Quran Online (http://www.surah.my)

No comments:

Post a Comment