Thursday, December 22, 2011

SUNNAH NABI


Hendaklah kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi Muhammad SAW itu adalah:

Pertama, Tahajjud
kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.


Kedua, membaca Al-Qur’an 
sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.


Ketiga, jangan tinggalkan masjid 
terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


Keempat, jaga solat Dhuha
kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.


Kelima, jaga sedekah setiap hari
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan orang yang bersedekah setiap hari.


Keenam, jaga wudhu
terus menerus kerana Allah menyayangi hambaNya yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu sentiasa akan merasa sedang solat walaupun ia tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh, amalkan istighfar setiap saat

Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah

No comments:

Post a Comment