Wednesday, November 30, 2011

DOA MEMELIHARA DARI KEBAKARAN

Rumah atau kondominim yang dibeli beratus-ratus ribu sampai ada yang mencecah berjuta-juta boleh sekejap hangus jadi abu dijilat api. Tidak kira macamana rumah tersebut. Yang tinggal di kondominium kita hanya membeli ruangnya sahaja kerana lantainya, bumbung orang dibawah. Dinding kiri dan kanan juga adalah dinding jiran sebelah serta bumbung adalah lantai orang tinggal diatas.

Kebakaran yang terjadi disebelah rumah jiran boleh berlaku dan turut melarat membakar rumah disebelahnya. Yang pentingnya nyawa keluarga adalah diutamakan dari hartabenda yang boleh dicari ganti. 

Begitu juga kenderaan yang dinaiki bila terlibat kemalangan sehingga rentung membakar tuannya serta keluarga. Doa ini hendaklah dibaca waktu pagi dan petang agar terpelihara daripada bahaya kebakaran.


Maksudnya:

"Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada tuhan kecuali Engkau, kepada Engkau aku menyerah diri, Engkau Tuhan 'Arasy Yang Besar, apa yang dikehendaki Allah akan terjadi dan apa yang tidak dikehendaki Allah tidak akan terjadi, tidak ada daya upaya kekuatan hanya dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Aku mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu mempunyai kuasa ke atas segala sesuatu itu dan bahawa Allah telah melihat segala sesuatu itu dengan pengetahuan-Nya. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang melata di bumi ini. Engkau Ya Allah yang mengambil dengan segala kekuasaan yang ada padanya (kuasanya) segalanya. sesungguhnya Tuhanku adalah jalan yang lurus."

Wasallam.
 
PETIKAN DARI : http://www.resepirahsiaku.com

10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI SAW




SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AD-DHUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

SURAH AL-KAUTSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

SURAH AL-KAFIRUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan: “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

Semuga menjadi amalan harian kita untuk membaca surah-surah berikut.

Wasallam.
petikan dari : http://www.resepirahsiaku.com

SURAH TAHA

Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW. 

Beliau seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Sifat berani dan garang sehingga iblis atau syaitan pun tidak berani melintas dihadapan beliau lari lintang pukang jika bersua dengan Saidina Umar, inikan pula kita yang lemah semangat.

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.

Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.

Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata:
"Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"
Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"

Jawab Rasulullah SAW: "Benar"

Aku berkata lagi: "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq! 

Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.



Terjemahan Ayat 1 - 5 (Surah Taha).
  1. Taa. Haa.
  2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
  3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
  4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
  5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.
Bacaan Untuk Anak/Suami Yang Degil Yang Tak Mahu Solat
Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak /suami sedang tidur nyenyak. InsyaAllah...


Wasallam

(Petikan dari : http://www.resepirahsiaku.com)

Monday, November 28, 2011

SURAH SURAL AL QURAN


Panduan ini dikirim oleh rakan-rakan dan saya sekadar ingin berkongsi dengan teman-teman sekelian. Semuga ianya memberi kemanfaatan pada kita semua......amiiin   Dikatakan :-

۞  Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

۞  Surah Yasin dapat menghi lan gkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. 

۞  Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

۞  Surah Al-Waqi'ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. 

۞  Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

۞  Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

۞  Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

۞  Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

۞  Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. 

۞  Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.  

Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:- 

۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je... 

۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga. 

۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah. 

۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang. 

۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke.... 

Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke. 

Thursday, November 24, 2011

Tokoh Ulamak Kelantan


Petikan Dari :-
http://serupasekala.blogspot.com/2010_02_01_archive.html

Wednesday, November 23, 2011

ZIKIR

ZIKIR : Kajian sains

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.
 
Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

 Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya. Amalkanlah!!


Sumber: http://telekungsolat.blogspot.com

SUNNAH RASULULLAH SAW

TAZKIRAH JUMAAT: MEMELIHARA SUNNAH RASULULLAH SAW
Ustaz Jazlan
21 Oktober 2011
Kompleks 3c

Oleh: Mohamad Hakim Bin Tastik

Tuntutan Korban sunat Muakkad (dituntut melakukannya).
Telah ada pada diri nabi itu teladan yang baik memberi petunjuk kepada jalan yang lurus maka apa ajaran nabi kena ikut dan apa ajaran yang di tegah tinggalkanlah, sebagaimana yang disebutkan di dalam Surah Al-Hasyr ayat 7.
Yang dikatakan sunnah itu segala percakapan (akwal), perbuatan (af’al) dan sifat-sifat (sifah) nabi. contohnya nabi bercakap tentang perkara-perkara baik lagi pemaaf, redha dan sopan. Nabi juga ketua, imam dan pemimpin yang baik.
Pesanan nabi saw: ‘Seluruh umatku akan masuk dalam syurga melainkan orang yang enggan (tidak mahu), siapa yang ikut kataku akan masuk syurga dan siapa yang enggan tidak masuk’.
Segala sunnah nabi saw ada kebaikannya kerana nabi saw tidak bercakap mengikut hawa nafsu.

Contoh sunnah yang mengandungi kebaikan kesihatan seperti:

Mandi pagi -Nabi saw mandi pagi sebelum solat subuh 1 atau 2 jam sebelum terbit matahari, Kajian sains mengatakan orang yang mandi pagi akan meransang saraf tubuh menjadi cergas.

Minum segelas air -Bangun tidur nabi saw akan minum segelas air kosong kerana akan membersihkan saluran seperti usus dan perut dalam badan.

Sujud -Sebelum tahiyyat akhir sujud agak lama sedikit itu sunnah nabi saw, kajian sains mendapati darah turun ke kepala ke suatu tempat yang jarang sampai di otak supaya cergas dan berfikiran waras.

Makanan -Nabi larang campur makanan seperti ikan + telur, kerana tidak baik untuk perut akan memberi tindak balas kimia. Sebab itu kita kadang-kadang sakit perut kerana tidak menjaga apa yang dimakan.

Jari -Sunnah nabi makan dengan 3 jari dan menjilat jari selepas habis makan kerana jari mengandungi enzim yang membantu menghadam makanan.

Memotong kuku -Sunat memotong kuku pada hari isnin, khamis dan jumaat. Dapat membersih kuku kerana ada mengandungi kuma e-coli yang sama keluar dari najis kita.

Contoh sunnah yang mengandungi kebaikan dari segi agama seperti:

Tidak tinggal Tahajjud -ia kerana waktu yang kita paling hampir dengan Allah Taala dan merupakan jalan untuk mendekatkan kepada Allah.

Membaca Al-Quran -Membacanya selalu menjadikan penglihatan mata tajam. jadikanlah amalan setiap hari membaca al-quran.

Masjid -Perempuan afdhol solat di rumah, lelaki tambatkan hati pada masjid. Ia salah satu sebab untuk diakhirat mendapat pertolongan Allah.

Solat Sunat Dhuha -Jadikanlah amalan banyak kelebihannya.

Sedeqah -Boleh menghasilakn sifat belas ikhsan.

Kekalkan wudhu -Berusaha sentiasa kekal dalam wudhu akan menjauhi gangguan syaithon.

Kekalkan Istighfar -Nabi yang maksun juga sentiasa beristighfar maka hidup kita ini banyakkan meminta ampun. Dapat Keampunan Allah itu adalah suatu perkara yang besar untuk kita.

Bersugi -Amalan bersugi sebelum wudhu dapat membersihkan mulut.

Jika berpegang dan mengamalkan sunnah nabi saw, Allah akan cintai dan ampunkan kita. Beramallah dengannya insyaallah diberkati Allah.

Tuesday, November 22, 2011

Dari Seorang Sahabat

Salam wbt awak,..ingatlah kebahagiaan dan kejayaan yg sebenar ialah bila kelak dapat bertemu Allah dgn wajah gemilang, meraih syurga dan terlepas dari jurang neraka.Tapi..syurga itu sangat mahal maharnya(sbb ianya dikelilingi dgn hal2 yg tdk disukai nafsu)itulah mengapa hanya sedikit yg akan mendapatkannya sedangkan yg ramai akan terjerumus ke neraka(sbb ianya dikelilingi dgn hal2 yg disukai nafsu).

Wahai.., jgnlah putus asa, sbb kita masih ada kesempatan utk berbuat sesuatu,..utk memperbaiki mana yg patah,hilang dan salah.minta tolonglah selalu dgn Allah  supaya mendorongkan hati kita pada kebaikkan(dunia-akhirat).berlindunglah pada-Nya dari kesesatan hawa nafsu,kejahatan/ tipu daya syaitan dan sekutunya(dikalangan jin dan manusia).Fitnah akhir zaman sedang melanda kita dan akan bertambah hebat dari hari ke hari.berpegang teguhlah pada sunnah Nabi(saw)...istiqomah dlm amalan.

Kini telah 7 bilion  manusia  yg telah lahir ke dunia(pada era moden),bayangkan berapa ramaikah umat sejak Nabi Adam(as) sampai anak cucu kita nanti,dan semuanya itu akan dikumpulkan secara serentak di padang(Masyar),dan menurut riwayat hadis kita mungkin di sana selama 50ribu tahun sebelum menunggu di hisab,berkaki ayam,bertelanjang dan tdk berkhitan.Inilah hari yg penuh luka(hari akhirat).Memikirkan ini semua,apalah sgt dunia ni,kesusahan,kesakitannya  berbanding di sana nanti.Sesungguhnya apa yg ada di sisi Allah dan Rasul-Nya yg lebih baik dan kekal,..dan syurga itu sebaik2 tempat kembali dan tempat tinggal.Ingatlah ini,..seorang muslim mesti selalu berpijak di bumi nyata dan berani untuk menerima kebenaran(walau sepahit apa pun).Masa akan semakin suntuk untuk kita,Nabimu pun sdg menunggu,sgt khuatir memikirkanmu(nasib)..dan kita tidak akan selamat melainkan dengan pertolongan dan Rahmat Allah,..syukurilah nikmat-Nya(dgn tdk bermaksiat),bersabarlah (dgn kesabaran yg baik) atas ujian-Nya.InsyaAllah kamu tidak akan dilupakan di sana nanti.wassalam.~

RANCANG CARA MENGATASI RISIKO ANDA



10 JALAN


10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari
Dunia Sampai Akhirat


 











BAGAIMANA MEMUDAHKANNYA?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem
selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang
tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh
ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya