Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas.
Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan
kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia,
tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat
kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan
lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap
hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud,
kerana
kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah
termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca
Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata
melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan
penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat
3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid
terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke
masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana
panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman
untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga sholat dhuha,
kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat
dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang
bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga
wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata
khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia
akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh
malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir
adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka
kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu
ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam
lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan
dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat
manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan
hedonisme
(azriazfar87@yahoo.com)
No comments:
Post a Comment