Just 4 fun………..
10
jenis pekerja yang menjengkelkan ...urghhh!!
1.
Taichi
Asyik passing kerja kepada orang lain. Konsepnya
menepis segala kerja yang datang kepada orang lain. Asal ada unsur-unsur sales,
terus forwardkan email ke ketua Sales and Marketing, ada cerita pasal pekerja
je… terus passing memo tu kepada HR department…etc.
2. Boxing
Single tasking (ada ke phrase ni?). Mana pernah
peninju berlawan pakai kaki, siku, lutut, kepala. Mereka cuma reti genggam
tangan dan tumbuk lawan. Pekerja-pekerja sebegini selalunya akan jadi kucing
hilang anak bila dapat bebanan kerja lebih sikit. Kalau minta tolong print
document sambil jawap telefon pun dia akan melatah.
3. Silat Pulut
Before start any works, dia punya bunga-bunga
punyalah lama. Macam-macam gaya, macam-macam persediaan. Nampak cantik tapi
buahnya takde. Kalau nak showcase boleh lah.
4.
Samurai dan Cowboy
Apa
persamaan samurai dan cowboy? Kedua-duanya pandai main senjata… actually both terlalu bergantung
kepada senjata. Golongan pekerja sebeginilah yang akan mati kutu kalau
equipment rosak atau internet line down. Mereka terlalu mengharapkan machine to
do their works.
5. Kungfu Bruce Lee
Hampir sama seperti silat pulut, cuma kalau kita
familiar dengan filem-filem Bruce Lee, before and after dia menyerang lawan
mulut dia tak reti duduk diam. Wataaa…! Wachaaaa….! Dan macam-macam bunyi lagi.
Ramai juga pekerja yang macam ni, sebelum start satu-satu projek dia punya
sembang melangit… dah siap project pun dia still let everybody knows dia punya
contribution.
6. Ninja
Betul-betul berlawanan dengan Kungfu Bruce Lee,
pekerja-pekerja bersifat ninja ni low profile. Kadang-kadang tu terlalu low
profile sehingga kita nak cari dia pun susah. 9 pagi still breakfast, datang
kejap lepas tu… then …Zasss.. ilang pergi lunch. Datang semula office, pastu
dah menyelinap pergi minum petang… arrange meeting kat luar, terus balik rumah.
Senang cerita, kaki ngular.
7. Rambo
Berlagak hero. Semua benda dia nak buat. Kononnya
dunia ni berputar disekeliling dia sahaja. Kalau berjaya takpe juga,
kadang-kadang tu berlagak hero… tapi bila last minutes, kelam kabut minta
pertolongan kawan-kawan.
8. Kungfu Jackie Chan
Setiap filem Jackie Chan akan ada satu persamaan.
Tak kira macam-mana jalan cerita, di mana kejadian tu, siapa pelakonnya… scene
gaduh mesti tak serious. Mesti banyak adegan-adegan lucu yang diselitkan. Ramai
juga pekerja yang bersifat sebegini. Kononnya taknak tension, so semua
pekerjaan tak ambil serious.
9. Street Fighter
Ini pekerja yang tidak tahu ikut procedure. Maybe
kerja akan beres, semua setel, tapi bila suruh prepare handover document
contohnya, dia akan pening kepala. Suruh submit borang claim, hantar progress
report, follow SOP, ikut method statement…etc, semuanya dia tak suka buat. Dia
nak buat kerja mengikut cara dia sahaja.
10. WWE Wrestling
Bukan wrestling yang dipertandingkan di Sukan
Olimpik. Aku referring to wrestling yang diletakkan di bawah Entertaiment TV
Guide, bukan kategori Sport. Pekerja yang ada sifat WWE Wrestling ni kita
tengok mereka memang rajin kerja. Datang awal, balik tengah malam, kerja
bertimbun atas meja, nampak macam busy gila. Tapi… as we all know, semuanya
lakonan semata-mata.
No comments:
Post a Comment