1. Selalu bangun sebelum subuh.
Baginda
mengajak umatnya untuk sebelum bangun subuh dan mengerjakan solat
sunat, solat subuh secara berjemaah. Hikmahnya ialah mendapat limpahan
pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit
tibi serta menajamkan akal fikiran.
2. Aktif menjaga kebersihan.
Baginda
selalu bersih dan rapi. Setiap khamis atau jumaat, baginda akan mencuci
rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak
wangi.
3. Tidak makan berlebihan.
Dalam
tubuh manusia ada 3 ruang untuk tiga benda, udara, air dan makanan.
Kebaikan berpuasa yang diwajibkan untuk umat islam adalah untuk
menyeimbangkan kesihatan, baginda juga selalu berpuasa sunat. Sabda
Rasulullah s.a.w “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar
dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (sampai kenyang)”
4. Gemar bejalan kaki.
Baginda
berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan rumah sahabat. Dengan
berjalan kaki, peluh akan mengalir liang roma terbuka dan peredaran
darah menjadi lancar dan baik untuk mencegah penyakit jantung.
5. Tidak pemarah.
Marah
itu dari syaitan, segerlah mengambil wuduk dan solat 2 rakaat bagi
ketenanan dan menghilangkan gundah hati. Kekuatan muslim bukan terletak
pada jasad, tetapi lebih kepada kekuatan dan kebersihan jiwa. Muslim
yang baik juga adalah mereka yang mampu mengawal sifat marah kerana itu
sebahagian dari cara hidup sihat rasulullah.
6. Optimis dan tidak berputus asa.
Sikap
optimis akan memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan
jiwa selain perlu memperbanyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta
tawakal kepada Allah s.w.t
7. Tidak iri hati.
Cara hidup sihat rasulullah seterunya ialah menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, sikap iri hati perlu dihindarkan.
8. Pemaaf.
Sifat
yang dituntut bagi mendapatan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan
orang lain akan dapat membebaskan diri dari dibelenggu rasa bersalah.
Apabila kita marah, sifat marah itu akan melekat dalam hati. Jadilah
pemaaf untuk membersihkannya. Bahagia sebenarnya bukan mendapat, tetapi
memberi.
No comments:
Post a Comment