Rumah
atau kondominim yang dibeli beratus-ratus ribu sampai ada yang mencecah
berjuta-juta boleh sekejap hangus jadi abu dijilat api. Tidak kira
macamana rumah tersebut. Yang tinggal di kondominium kita hanya membeli
ruangnya sahaja kerana lantainya, bumbung orang dibawah. Dinding kiri
dan kanan juga adalah dinding jiran sebelah serta bumbung adalah lantai
orang tinggal diatas.
Kebakaran
yang terjadi disebelah rumah jiran boleh berlaku dan turut melarat
membakar rumah disebelahnya. Yang pentingnya nyawa keluarga adalah
diutamakan dari hartabenda yang boleh dicari ganti.
Begitu juga kenderaan yang dinaiki bila terlibat kemalangan sehingga rentung membakar tuannya serta keluarga. Doa ini hendaklah dibaca waktu pagi dan petang agar terpelihara daripada bahaya kebakaran.
Maksudnya:
"Ya
Allah, Engkau Tuhanku, tiada tuhan kecuali Engkau, kepada Engkau aku
menyerah diri, Engkau Tuhan 'Arasy Yang Besar, apa yang dikehendaki
Allah akan terjadi dan apa yang tidak dikehendaki Allah tidak akan
terjadi, tidak ada daya upaya kekuatan hanya dengan Allah Yang Maha
Tinggi lagi Maha Besar. Aku mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu
mempunyai kuasa ke atas segala sesuatu itu dan bahawa Allah telah
melihat segala sesuatu itu dengan pengetahuan-Nya. Ya Allah,
sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang melata di
bumi ini. Engkau Ya Allah yang mengambil dengan segala kekuasaan yang
ada padanya (kuasanya) segalanya. sesungguhnya Tuhanku adalah jalan yang
lurus."
Wasallam.
PETIKAN DARI : http://www.resepirahsiaku.com
No comments:
Post a Comment