TAZKIRAH JUMAAT: MEMELIHARA SUNNAH RASULULLAH SAW
Ustaz Jazlan
21 Oktober 2011
Kompleks 3c
Oleh: Mohamad Hakim Bin Tastik
Tuntutan Korban sunat Muakkad (dituntut melakukannya).
Telah ada pada diri nabi itu teladan yang baik memberi petunjuk
kepada jalan yang lurus maka apa ajaran nabi kena ikut dan apa ajaran
yang di tegah tinggalkanlah, sebagaimana yang disebutkan di dalam Surah
Al-Hasyr ayat 7.
Yang dikatakan sunnah itu segala percakapan (akwal), perbuatan
(af’al) dan sifat-sifat (sifah) nabi. contohnya nabi bercakap tentang
perkara-perkara baik lagi pemaaf, redha dan sopan. Nabi juga ketua, imam
dan pemimpin yang baik.
Pesanan nabi saw: ‘Seluruh umatku akan masuk dalam syurga melainkan
orang yang enggan (tidak mahu), siapa yang ikut kataku akan masuk syurga
dan siapa yang enggan tidak masuk’.
Segala sunnah nabi saw ada kebaikannya kerana nabi saw tidak bercakap mengikut hawa nafsu.
Contoh sunnah yang mengandungi kebaikan kesihatan seperti:
Mandi pagi -Nabi saw mandi pagi sebelum solat subuh 1 atau 2 jam
sebelum terbit matahari, Kajian sains mengatakan orang yang mandi pagi
akan meransang saraf tubuh menjadi cergas.
Minum segelas air -Bangun tidur nabi saw akan minum segelas air
kosong kerana akan membersihkan saluran seperti usus dan perut dalam
badan.
Sujud -Sebelum tahiyyat akhir sujud agak lama sedikit itu sunnah nabi
saw, kajian sains mendapati darah turun ke kepala ke suatu tempat yang
jarang sampai di otak supaya cergas dan berfikiran waras.
Makanan -Nabi larang campur makanan seperti ikan + telur, kerana
tidak baik untuk perut akan memberi tindak balas kimia. Sebab itu kita
kadang-kadang sakit perut kerana tidak menjaga apa yang dimakan.
Jari -Sunnah nabi makan dengan 3 jari dan menjilat jari selepas habis
makan kerana jari mengandungi enzim yang membantu menghadam makanan.
Memotong kuku -Sunat memotong kuku pada hari isnin, khamis dan
jumaat. Dapat membersih kuku kerana ada mengandungi kuma e-coli yang
sama keluar dari najis kita.
Contoh sunnah yang mengandungi kebaikan dari segi agama seperti:
Tidak tinggal Tahajjud -ia kerana waktu yang kita paling hampir
dengan Allah Taala dan merupakan jalan untuk mendekatkan kepada Allah.
Membaca Al-Quran -Membacanya selalu menjadikan penglihatan mata tajam. jadikanlah amalan setiap hari membaca al-quran.
Masjid -Perempuan afdhol solat di rumah, lelaki tambatkan hati pada
masjid. Ia salah satu sebab untuk diakhirat mendapat pertolongan Allah.
Solat Sunat Dhuha -Jadikanlah amalan banyak kelebihannya.
Sedeqah -Boleh menghasilakn sifat belas ikhsan.
Kekalkan wudhu -Berusaha sentiasa kekal dalam wudhu akan menjauhi gangguan syaithon.
Kekalkan Istighfar -Nabi yang maksun juga sentiasa beristighfar maka
hidup kita ini banyakkan meminta ampun. Dapat Keampunan Allah itu adalah
suatu perkara yang besar untuk kita.
Bersugi -Amalan bersugi sebelum wudhu dapat membersihkan mulut.
Jika berpegang dan mengamalkan sunnah nabi saw, Allah akan cintai dan
ampunkan kita. Beramallah dengannya insyaallah diberkati Allah.
No comments:
Post a Comment